LANGKAWI PORT SDN BHD

BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN

Salam sejahtera,
Pelanggan dihormati,

Langkawi Port Sdn. Bhd.(LPSB), sebagai syarikat yang menguruskan Dermaga Tanjung Lembung, sedang menjalankan kaji selidik bagi mendapatkan maklum balas mengenai fasiliti, kemudahan, dan perkhidmatan yang disediakan di Dermaga Tanjung Lembung . Maklum balas anda amat penting bagi membantu LPSB mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. LPSB amat menghargai kerjasama anda dalam memberikan maklumbalas yang telus bagi memastikan objektf syarikat adalah tercapai. Terima kasih atas masa dan maklum balas anda.

Maklum balas yang diberikan adalah untuk tujuan kajian kepuasan pelanggan sahaja. Segala maklumat yang dikongsikan hanya akan digunakan untuk tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan Langkawi Port Sdn. Bhd. / Dermaga Tanjung Lembung

BAHAGIAN A : KATEGORI PELANGGAN

BAHAGIAN B : FASILITI / KEMUDAHAN

Sila nilai pengalaman anda terhadap fasiliti / kemudahan yang disediakan oleh Langkawi Port Sdn. Bhd.

BAHAGIAN C : PERKHIDMATAN

Sila nilai pengalaman anda terhadap perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh Langkawi Port Sdn. Bhd.

Promosi Mai Langkawi La Nie - Jom Naik RORO

Nikmati pulangan tunai setiap pembelian tiket penumpang dewasa dan kanak-kanak untuk Feri RORO bagi perjalanan 15 Disember sehingga 31 Disember 2024. Tertakluk terma dan syarat.

Promosi Mai Langkawi La Nie - Jom Naik RORO merupakan inisiatif menarik pelancong ke Langkawi oleh LADA dan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB). Melalui promosi ini penumpang feri RORO boleh mendapatkan pulangan tunai (cashback) bagi setiap pembelian tiket samada dewasa dan kanak-kanak. Kerjasama strategik julung kali diadakan diantara LADA, LPSB dan Operator RORO bagi menjayakan promosi ini.
  • Langkawi AUTO
  • Langkawi RORO
  • Wantas RORO
  • Dibuk
Promosi ini mempunyai tempoh had masa untuk mendapatkan tuntutan tunai / cashback. Promosi ini adalah bagi setiap pembelian tiket untuk perjalanan bermula dari 15 Disember sehingga 31 Disember 2024.
  • Promosi sah kepada semua penumpang RORO
  • Promosi sah bagi perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi bermula 15- 31 Disember 2024.
  • Pembelian tiket secara online di website operator feri RORO dan kaunter tiket di Dermaga Tanjung Lembung dan Kuala Perlis,
  • Pulangan tunai sehingga RM10.00.
  • Penumpang boleh membuat tuntutan selepas tarikh perjalanan dan bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tuntutan.
  • Tuntutan boleh dibuat sebelum atau selewat-lewatnya pada 3 Januari 2025.
  • Imbas kod QR dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Pulangan tunai adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Tempoh Promosi:
  • Promosi sah untuk perjalanan antara 15 Disember hingga 31 Disember 2024 sahaja.
  • Cara Memohon Cashback:
    • Pengguna perlu mengisi borang permohonan atas talian di laman sesawang rasmi dari 15 Disember 2024 hingga 3 Januari 2025.
  • Sertakan dokumen berikut:
    • Salinan tiket perjalanan (dengan tarikh sah dalam tempoh promosi).
    • Salinan kad pengenalan atau pasport.
    • Salinan resit pembelian tiket Feri RORO.
  • Proses Cashback:
    • Permohonan akan disemak dalam tempoh 5 hari bekerja.
    • Bayaran cashback akan dimasukkan ke akaun bank pemohon dalam masa 14 hari bekerja selepas permohonan disahkan.
  • Promosi ini tidak melibatkan sebarang pihak ketiga. Semua permohonan hanya melalui laman web rasmi kami: https://cs.langkawiport.com.my.
  • Kami tidak akan meminta maklumat perbankan sensitif seperti kata laluan atau PIN anda.
  • Pihak Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) tidak bertanggungjawab atas kehilangan maklumat atau kerugian akibat pengguna mengakses laman sesawang palsu atau tidak sah.
  • Pihak LPSB tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab keatas agihan semula cashback wakil kumpulan pelancong yang dilantik (ahli kumpulan pelancong).

Penafian PDPA
  • Pengumpulan Data Peribadi
    Semua maklumat peribadi yang diberikan melalui borang permohonan ini akan digunakan hanya untuk tujuan pemprosesan cashback promosi. Data ini tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali apabila diperlukan oleh undang-undang.
  • Kemas Kini Data
    Setelah borang dihantar, maklumat yang diberikan tidak boleh dikemas kini kerana proses pemprosesan cashback dilakukan secara manual. Oleh itu, sila pastikan semua maklumat yang anda masukkan adalah tepat dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
  • Keselamatan Data
    Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda daripada akses tidak sah, kehilangan, atau penyalahgunaan.
  • Hak Anda
    Anda berhak:
    Untuk meminta kami menghapus data anda sekiranya diperlukan, tetapi ini bermakna anda tidak lagi layak untuk cashback. Untuk menghubungi kami bagi sebarang pertanyaan berkaitan data peribadi anda.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh di hubungi kami :

Langkawi Port Sdn Bhd
Kompleks Dermaga Tanjung Lembung,
07000 Langkawi, Kedah
T : 604-9665905 / 604-9665915 E: [email protected]

Borang Tuntutan Cashback Promosi Mai Langkawi La Nie - Jom Naik RORO (Individu)

We apologize for the inconvenience. This form is currently closed for submissions. It was closed on 03rd January 2025 at 11:59 pm.

Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Borang ini kini ditutup untuk pengisian. Ia telah ditutup pada 03 Januari 2025 pukul 11:59 malam.